Minggu, 31 Juli 2011

Alhamdulilah kita masih diberi kekuatan untuk bersama pada hari ini di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Marilah kita laksanakan tugas harian kita dengan semangat yang kuat. Semoga amalan kita di nilai dan di ganjari pahala yang banyak. Bersamalah kita hargai setiap detik dan saat di bulan yang penuh keberkatan ini. Jangan kita sia – siakan masa yang diberikan, kerana masa merupakan suatu nikmat yang berharga. Selain itu masa juga merupakan amanah yang besar. Rugilah orang yang membuang masanya di bulan Ramadhan ini dengan amal perbuatan yang sia – sia. Perbanyakan zikir , membaca bahan bacaan ilmiah, solat sunat dan bacaan al Quran. Semoga kita mencapai tahap ketaqwaan yang abadi. Indah di dunia indah lagi di akhirat.

Alhamdulilah Ramadhan kini menjelma lagi, semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita meneruskan amal dan ibadah di bulan ini. Kuatkan azam untuk memanfaatkan setiap saat yang dilalui dibulan ini dengan perkara bermanfaat. Mana tahu kita tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun akan datang. Kerana setiap insan akan pasti DIJEMPUT PULANG KE SANA! Sebagai insan yang lemah dhaif dan miskin hati ini marilah kita perbanyakan doa dan zikir kepada Allah SWT.

Ramadhan adalah bulan tarbiyah Jiwa. Semoga kita dapat melaksanakan proses pencerahan jiwa selama sebulan dan menjadikan jiwa dan hati kita sentiasa kuatdalam mengharungi pancaroba kehidupan ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar