1. Definisi
- Berasal dari tamadun greek.
Dari perkataan ‘psyche’ iaitu jiwa
Dan ‘logos’ iaitu kajian mengenai sesuatu.
Kamus Dewan :
Kajian mengenai proses mental dan pemikiran, berhubung
tingkahlaku manusia dan haiwan, pola pemikiran, perlakuan seseorang dan kebijaksanaan manusia.
2. Sejarah :
2.1 Aliran Interaksionisme ( jasad & roh )
Rene Descartes ( 1595-1650 )
o manusia terdiri dari gabungan pemikiran dan badan atau
jasad dan roh.
2.2 Aliran Empirisme ( jiwa manusia kosong )
John Locke (1632-1704)
- konsep ‘tabula rasa’ iaitu jiwa manusia kosong semasa
dilahirkan.
2.3 Aliran Strukturalisme
Wilhelm Wundt ( bapa psikologi )
- Kajian mengenai pengalaman sedar.
3 kompenannya ialah :
sensasi – meliputi penglihatan, bunyi, bau,rasa
Imej - pengalaman tidak wujud e.r ingatan, peristiwa
Afektif - reaksi emosi e.g cinta, kasih sayang, bahagia,
Cemburu.
2.4 Aliran Functionalisme
Willian James ( ahli psikologi Amerika pertama )
- Menekan pengalaman sedar dan tingkah laku.
Manusia mengguna minda untuk berfikir dan menghasilkan tingkahlaku.
2.5 Aliran Behaviourisme (tingkah laku )
J.B Watson ( 1878-1958 )
- mengatakan psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkahlaku manusia yang nyata.
- Dikenali juga sebagai Aliran associationism.
- mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa.
- kajian tingkahlaku manusia dan menolak kerohanian.
- tujuan psikologi untuk menghurai, menerang, meramal,
dan kawal tingkahlaku.
2.6 Aliran Tingkahlaku Gestalt
- manusia mempersepsi dunia secara keseluruhan.
2.7 Aliran Humanistik
Abraham Maslow ( 1908-1970 )
- menekankan cara pemikiran, pengamatan, serta interpretasi
individu tentang sesuatu peristiwa.
- bertanggungjawab terhadap tindakannya.
- individu mempunyai keperluan untuk mengembang potensi.
- konsep pemunuhan kendiri.
2.8 Aliran Kognitif ( pemikiran )
- mengkaji pemikiran manusia, persepsi, penanggapan, kognisi,
metakognisi, kemiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran
belajar, motivasi.
2.9 Aliran Konstruktivisme ( fahaman binaan )
- bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang
mereka pelajari.
- untuk kaedah mengajar matematik dan sains.
3. PENDEKATAN
3.1 Pendekatan Behaviorisme ( tingkahlaku )
J.B Watson
- memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh dilihat
secara nyata dan tidak nyata.
- tingkahlaku seseorang dipengaruhi oleh persekitaran dan
bukan unsur dalaman.
Ivan Pavlov
- Konsep Pelaziman Klasik ‘kajian atas anjing’
- perkaitan antara ransangan dengan gerakbalas air liur.
E.L Thorndike
- Teori Pelaziman Cuba Jaya
- berkaitan ganjaran & denda
3.2 Pendekatan Psikoanalitik
Sigmund Freud
- tingkahlaku dipengaruhi oleh proses psikologi tidak sedar.
- tingkahlaku berdasarkan konflik dalaman,dorongan dan
kemahuan serta motif tidak sedar.
- 3 struktur psikik :
Id
– sumber dorongan dan nafsu yang primitif dan diwarisi,
mementing diri sendiri serta tidak ada pengaruh dunia
luar.
Ego
– cuba mengawal dorongan dan desakan primitif agar
mengikut kehendak persekitaran
- berpandu kepada prinsip realiti.
Superego
– sumber asal suara hati.
- boleh membeza yang baik dan buruk.
- memegang peranan penting dalam hal consience
- id dan superego yang kuat menguasai ego menjadi
konflik dalaman.
3.3 Pendekatan Kognitivisme
- pemerhatian kepada pemikiran manusia seperti persepsi,
penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis
dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi.
3.4 Pendekatan Humanistik
Abraham Maslow ( 1970 )
- manusia adalah individu yang bebas dan baik untuk
berkembang dengan sasaran untuk dicapai.
- bertindak kerana kemahuan dan keperluan.
-manusia tidak pernah berpuas hati.
Roger ( 1956)
- Manusia sentiasa cuba memahami diri, mempengaruhi,
mengawal perlakuan diri.
- manusia dilahirkan dengan kecenderungan untuk
kesempurnaan.
3.5 Pendekatan Biologi
- peranan sistem saraf bertanggungjawab mengawal pemikiran
dan pergerakan manusia.
- dikenali sebagai pendekatan Biomedik or Model Penyakit
4. PSIKOLOGI PENDIDIKAN
DEFINISI :
Psikologi :
Kajian mengenai tingkahlaku dan pemikiran individu serta
kumpulan individu secara sistematik.
Pendidikan :
Proses mengembangkan kemahiran dan potensi individu dalam
bidang tertentu.
Bank & Thomson 1995 :
Psikologi - ilmu yang mengkaji tingkahlaku manusia.
Pendidikan – profesion yang mengkaji dan membina metodologi
atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Borich dan Tombari 1997 :
Psikologi Pendidikan – disiplin yang memfokus kajiannya kepada
pengetahuan teoritekal dan empirikal mengenai pengajaran dan
pembelajaran.
TAFSIRAN :
Psikologi Pendidikan – kajian mengenai tingkahlaku manusia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Tugas Ahli Psikologi Pendidikan:
Mengaplikasi prinsip psikologi kepada pendidikan sepanjang
kerjaya, mengkaji pelajar, proses belajar dan strategi pengajaran
untuk meningkatkan pembelajaran.
Tugas Psikologi Pendidikan :
Untuk memahami tingkahlaku pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan meramalkan tingkahlaku gantian untuk
mengawal tingkahlaku tersebut.
Abd.Majid Mohd.Isa & Rahil Mahyudin, 1997
Matlamat psikologi ada 4 bidang iaitu :
1. Memerihal 2. Menerangkan 3. Mengawal 4. Meramal
5. KEPENTINGAN PP KEPADA GURU
1. boleh memahami tingkahlaku pelajar dan membantu mereka
memahami diri sendiri.
- dapat merancang objektif dan matlamat pembelajaran.
2. dapat meramal tingkahlaku yang digemari pelajar.
- merancang peneguhan untuk mengawal mereka.
3. kajian tentang perkembangan dan pertumbuhan manusia.
- guru tahu tahap pelajarnya.
4. boleh cipta soal selidik berkaitan pelajar.
- guru dapat menyediakan program yang sesuai.
5. menjalankan penyelidikan berkaitan isu pendidikan.
- dapat membantu masalah pelajar.
6. membantu guru memahami persenoliti dan konsep kendiri
pelajar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar