Senin, 29 Agustus 2011

Sejarah Hari Raya Aidilfitri


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda
mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah
bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya
yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk
nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari
raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau
Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini
bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu
ibadat.
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa
Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama
sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada
melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah
menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang
asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih
daripada dosa dan noda.
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu
sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka
mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat,
bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan
ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu
hari kiamat.
Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan
solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di
kalangan saudara mara dan sahabat handai.
Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri. Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya
tidak ada baju baru."
Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju
baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk
bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari
raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang
ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.
Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk
membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti
mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana
masyarakat kita hidup dalam kemewahan.
Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin
tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.
Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.
Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam
menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan
kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang
ditetapkan syariat.
 Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian
yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya
menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri,
kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama. 

AKHIRKATA PENULIS.......!
"beli anggur ke Kediri, dasar nakal di curi Upin Ipin. beli kelapa ke Jakarta dasar apes dimakan onta. Selamat idul fitri, minal aidin wal faidzin. maafin segala salah dan khilaf yaa?"" 
 

Rabu, 10 Agustus 2011

KAPAN KIAMAT

Kapan Kiamat..? Hanya Allah SWT Yang Maha Tahu. Kita hanya tahu lewat tanda-tanda akan datangnya hari Kiamat itu. Pada manuskrip peninggalan suku Maya yang tinggal di selatan Meksiko atau Guatemala yang dikenal menguasai ilmu Falak, disebutkan bahwa kiamat akan terjadi pada 21 Desember 2012. Disebutkan juga pada waktu itu akan muncul gelombang galaksi yang besar-besaran sehingga mengakibatkan terh...entinya semua kegiatan di muka Bumi ini.

Kiamat hanya ilmu Allah SWT

Ramalan akan adanya kiamat pada 2012 dari suku Maya sebenarnya belum diketahui dasar perhitungannya. Tetapi issu ini sudahmenyebar luas lewat media Internet. Sebagai Muslim, saya hanya yakin bahwa Kiamat ada dan PASTI akan datang. Dan waktunya, kita tidak ada yang tahu, apalagi sampai menyebut tanggal..

Tentang waktu, kapan kiamat terjadi, ummat Islam hanya diberi sign, berupa tanda2 datangnya kiamat. Bila tanda-tanda sudah ada, maka hari yang dimaksud memang sudah dekat. Tetapi tepatnya kapan, kembali ke konsep dasar, Ummat Islam tidak ada yang boleh menyebut waktu, baik hari, tanggal, bulan maupun tahun. Sebab…

Innamaa ‘ilmuhaa ‘inda Allah, (yang tahu soal kiamat itu hanya Allah)